Kelas Tuisyen Percuma Bahasa Inggeris (eKelas)

2 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac 2019, Jumaat yang lepas, seramai 28 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas Bahasa Inggeris yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong.

Kelas tersebut bermula pada pukul 3:00 petang dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Para pelajar berpeluang berinteraksi dengan guru dan mempertingkatkan lagi pengetahuan Bahasa Inggeris melalui latihan-latihan yang diberikan oleh guru.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali